takashima's FotoPage

By: al zuNNuuR

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Saturday, 30-Aug-2008 18:15 Email | Share | | Bookmark
Bagaimanakah Cara Peniaga Mendapatkan Redha Allah ?

 
Caranya tidak lain dan tidak bukan ialah dengan mempelajari hukum syara' dan melengkapkan diri dengan ilmu fiqh yang menentukan syarat-syarat jual beli di dalam hukum Islam. Hal ini adalah wajib, tidak boleh diabaikan oleh setiap pedagang atau peniaga Islam, kerana dengan mengetahui hukum hakam perniagaan itu akan tehindar jual beli yang tidak sah, atau yang haram dan makruh atau lain-lain yang kurang jelas kedudukan hukumnya sedang mereka tidak menyedarinya.

Sebagai suatu langkah ke arah itu, berikut ialah beberapa garis panduan mengenai perniagaan;-

(i) Jangan menjual atau membeli sesuatu kecuali dengan akad ijab dan qabul yang sah, kerana bertukar tangan di dalam jual beli tanpa ijab dan qabul tidak mencukupi, kecuali yang diharuskan oleh setengah ulama iaitu pada benda-benda yang kecil yang tidak bernilai tinggi.

(ii) Barang-barang yang diperniagakan itu halal, bukan yang diharamkan oleh syara' seperti arak, sekalipun yang akan membelinya bukan orang Islam, kerana laknat dalam perkara arak ini termasuk tukang perah, pembawa ke mana arak itu dihantar, tukang petik (buah untuk dijadikan arak), penjual, yang menerima hasil jualan dan lain-lain siapa saja yang terlibat dalam perkara arak ini.

(iii) Jangan berjual beli dengan riba, kerana riba itu suatu dosa besar dan bahaya yang berat. Banyak ayat-ayat al-Qur'an dan hadis-hadis memberikan ancaman demikian.

(iv) Jangan menipu, mengkhianati pembeli atau memutar belit dan mengelirukan orang. Sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Sesiapa yang menipu kita, maka dia bukan dari golongan kita."

(Hadis riwayat Muslim dan lainnya)


Saturday, 30-Aug-2008 17:40 Email | Share | | Bookmark
Merdeka!!

aduhai, ape boleh buat sambut merdeka kat dalam warehouse je... plan dah baik tadi ngan bini skali ambik ko on call plak, apa la bro khairul ni hari ni kan family day... ni ha kena stay back lagi brg urgent pagi esok nak kuar...tido sini dah aku malam ni...cian bini kat omah.... Sayangi isteri anda di rumah ...ngantuk beb


Saturday, 30-Aug-2008 17:16 Email | Share | | Bookmark

rezeki malam ni


Saturday, 30-Aug-2008 06:21 Email | Share | | Bookmark
libya

 
00:00
 
00:00
 
00:00
View all 9 photos...


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net